Sunday, 10 September 2017

VIRAL


Viral merupakan perkataan yang besar dan semakin mendapat tempat dalam kehidupan tamadun komunikasi moden masa kini .Berasal dari perkataan VIRUS- sudah tentu minda manusia akan terfikir akan bahaya yang boleh merebak kepada manusia lain secara pantas.Viral dari aspek komunikasi: satu kuasa aliran komunikasi elektronik yang disebarkan secara pantas dan meluas secara interpersonal.

Viral merupakan satu fenomena yang semakin mudah tersebar. Kewujudan media sosial  yang popular seperti facebook, twitter, whatsapp,  instagram dan youtube telah memudahkan bahan viral tersebar dengan cepat dan meluas. Dengan hanya menekan satu klik sahaja ‘share’ atau ‘repost’, kita berupaya tergolong sebagai penyebar maklumat yang kadang kala diragui kesahihannya.
Viral ini mempunyai kebaikannya juga . Misalnya, video-video penderaan, jenayah yang telah tersebar telah membuka mata pihak berkuasa serta masyarakat.  Hal ini mampu memberi kesedaran khususnya ibubapa untuk memperhati perilaku anak – anak mereka sekiranya mereka menadi salah satu dari mangsa penderaan. Selain itu, viral ini jugaa membantu para peniaga atau usahawan untuk mengembangkan lagi perusahaan mereka. Tidak ketinggalan juga, terdapat beberapa golongan artis yang dapat mengembangkan potensi nyanyian atau lakonan bermula dari kisah viral mereka.

Bergantung kepada pengguna juga, ada yang hanya memuat naik foto, video atau status sebagai suka – suka. Namun , mereka tidak sedar bahawa tindakan mereka ini telah mengundang  reaksi negatif daripada orang ramai. Oleh itu, kita mestilah berfikir sebelum memuat naik sesuatu perkara dan memastikan kesahihan sebelum menyebarkan sesuatu perkara.

No comments:

Post a Comment